Friday, January 16, 2009

Sejarah



PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH telah ditubuhkan oleh GURU UTAMA pertubuhan, Datuk Hj. Baharom bin Kamari dan telah berdaftar secara sahnya pada tahun 2000. Kuntau bermaksud keras atau lebih dikenali sebagai berlaga (pok) dan kuntau boleh diertikan sebagai usaha tanpa henti. Sejarah gerakan kuntau ini dipercayai diasaskan di Tanah Jawa Timur di sebuah daerah yang dikenali sebagai PONOROGO dalam sekitar kurun ke-14. Kuntau adalah sejenis ilmu pertempuran Melayu tua di mana kesemua gerakan jurus dan buah pukulan kuntau bersifat norma pergerakan dan perlakuan manusia sekaligus tiada konsep bunga tari mahupun bunga sembah di dalam kuntau.
Gerakan kuntau dipercayai bermula ketika zaman penjajahan Belanda ke atas Tanah Jawa di mana kebanyakan ilmu kuntau diasaskan oleh golongan petani yang bangkit menentang kezaliman Belanda ketika itu. Ilmu tempur kuntau adalah hasil daripada petua dan teknik perang yang telah ditemui serta diamalkan oleh para pejuang ketika itu. Seni silat kuntau ini dilihat dan dinilai dari segi kemantapan gerakan jurus dan ketangkasan serta kebijaksanaan dalam berlaga.
Silat kuntau selendang merah mempunyai 9 jurus pukulan yang wajib dipelajari di mana kesemua jurus ini sememangnya fokus kepada teknik serangan dan belaan yang amat mudah didalami serta dikuasai oleh pesilat. Pada peringkat asalnya, gerakan kuntau ini hanya mengambil masa 3 bulan untuk dikuasai tetapi sesuatu itu berlaku dan berubah mengikut zaman lantas sistem pembelajaran ilmu kuntau ini disesuaikan mengikut masa. Silat kuntau mula bertapak di Tanah Melayu apabila sejumlah orang-orang kuntau berhijrah dan menetap di daerah Batu Pahat, Johor serta semakin tersebar di pelusuk Tanah Melayu hingga kini.

3 comments:

  1. aslmkm...
    saya dah lama mencari ape tu slempang merah yang sebenar, dan siapakah yang sekarang masih utuh tengtng ilmu ini, ingin benar saya mengetahui dan mempelajarinya...namun sapmai sekarang pn saya tak ketemuinya....

    ReplyDelete
  2. Salam Buat Semua,
    Saya ingin mancari sesiapa yang boleh mengajar amalan Selendang Merah.Harap dapat membantu saya kerana saya mencari amalan selendang Merah dan bukan Silat Selendang Merah.
    wassalam.Faiz

    ReplyDelete
  3. saya tau sedikit pasal selendang merah ni.. maaf kalau salah.. seledang merah hanya nama. dari 1 sejarah pada 13 mei. penghulu salleh bagi selendang merah pada pengikut dia. ramai angap ini ilmu kebal semata2.. pada msa darurat tu, orang melayu(lebih pada orang banjar kalau tak silap) takda senapang. jadi bila di amal ilmu ni. musuh akan lihat pengamal lebih besar dari biasa.. senapang di tuju ke atas... lalu parang di hunus pada musuh.. dan salah satu pantang dia. x boleh lihat ke belakang masa menuju ke musuh...
    maaf kalau salah. saya ni cuma tau dari mulut ke mulut. dan saya x dapat mintak sebarang ilmu dari ayah saya sendiri sebab dia mintak untuk diguna dan tidak untuk diturunkan........

    ReplyDelete